Thursday, 6 December 2012

AKU BERSAMA IPG KAMPUS KENINGAU ....







Aku mengorakkan kaki aku dan melangkah di pintu IPG Kampus Keningau , Terasa macam aku tidak percaya bahawa aku berada di IPG Kampus Keningau, Suatu ketika dulu aku pernah bercita-cita dan impian untuk sampai ke menara gading.. Apakan daya , pada masa itu hanya Allah s.w.t saja yang tahu kerana segala-galanya kehidupan ku berada di tangan Tuhanku Allah yang azali...





Bertahun-tahun lamanya impian aku kuburkan, kerana siapakah aku sewaktu dulu...Aku siapalah yang sudi bantu aku pada masa itu,
Aku seoarang yang malang tiada orang tua untuk memberi sokongan moral atau material. Malahan untuk menjahanamkan dan menggagalkan impian aku tentulah ada.Aku juga tidak boleh lari dari tanggungjawabku terhadap adik-adikku.Banyak tawaran untuk aku sambung belajar tapi semuanya terpaksa aku tolak pada masa itu aku tidak mampu untuk menyambung pelajaran



 
Beberapa bulan lamanya aku berada di IPG Kampus Keningau, benarlah kata dan firman dalam Al - qur an.. Qadha dan Qhadar segalanya ditangan Allah.. dan rezeki ku adalah qhadar untuk aku dari Allah. ( ALHAMDULILLAH).Akupun meneruskan kuliahku dan pembelajaran ku. Aku bukanlah pelatih yang aktif dan cergas seperti teman-teman lain. Berpenyakitan , mudah lesu dan lemah tapi semangat yang kuat itulah mendorong kekuatan anggota badan dan jiwaku.. Akhirnya segalanya dapat aku atasi dan lalui....




Kini masa terus berlalu dan tanpa aku menyedari 3 tahun 9 bulan lamanya sekelip mata aku berada disemester akhir di IPG Kampus Keningau. Banyak kenangan manis dan pahit aku perolehi disana . Disana juga aku perolehi pelbagai ilmu dan pengalaman . Kelemaahan dan kekuatan segalanya cukup aku perolehi , yang lemah aku perbaiki dan yang kuat akan ku teguhkan dan teruskan kekuatannya hingga tidak goyah.



Aku pasti akan merindu .. rindu serindu rindunya IPG Kampus Keningau .. Bersyukur ke hadrat Illahi bukan setakat ilmu aku perolehi malahan sahabat-sahabat yang baik dan teman-teman seperjuangan samada PERPADUAN ataupun KEMAS....





Pelbagai aktiviti dan pembelajaran dijalankan dan jadual kuliah pulak terlalu padat. Letih dan lesu , ada masanya kurang tidur tapi semuanya terpaksa digagahi juga .. saya juga ada masanya sampai tertidur dalam kelas . Selama ini sebelum ke IPG Kampus keningau saya bukanlah jenis yang lewat tidur tapi semenjak berada di IPG Kampus Keningau, jadual tidur ku mula berubah tidak lagi seperti dulu. Awal atau lewatnya saya tidur tepat masa waktunya pasti saya bangun subuh lebih awal seperti yang biasa saya jalankan.





Aku amat menyayangi kamu,....  terima kasih atas segalanya...Apabila tamat dan habis tempoh belajar .. pasti jadi kenangan dan aku yakin dan percaya melalui blog in juga aku yakin apabila kamu terbaca akan jadi kenangan terindah dapat dikongsikan bersama.

No comments:

Post a Comment